Assalammualaikum

Assalammualaikum

Thursday 15 November 2012

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal :

وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ

Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya
Kita baru sahaja menyambut tahun baru 1434H di mana ia sepatutnya memberi makna yang besar dalam mengorak langkah kepada kehidupan yang lebih baik berasaskan Islam. Malangnya jika sambutan tahun baru hijrah terus disambut hambar tidak sebagaimana tahun baru Masihi. Kita sepatutnya berasa sedih bila penggunaan Taqwim Hijrah yang hanya untuk melihat waktu solat, tarikh puasa, hari raya dan beberapa perkara sahaja berbanding penggunaan Kalendar Masihi yang lebih menyeluruh. Oleh itu sempena tahun baru Hijrah marilah kita sama-sama dalam memperkasakan penggunaan Taqwim Hijrah agar umat Islam lebih dekat dengan agama dalam setiap perkara. Marilah kita berhijrah daripada penjajahan ini untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Sempena berada pada bulan Muharram juga marilah kita sama-sama meningkat amalan soleh disamping memohon keampunan daripada Allah di mana kita digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat terutama pada hari Kesembilan atau Tasua’ dan Kesepuluh atau hari ‘Asyura’ daripada bulan Muharram

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي 
بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ”  - رواه مسلم
Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya

Renungan di Hari Jumaat

Alhamdullillah...masih lagi diberi peluang hidup didunia pada hari ini..bersyukur sangat kerana dapat bersama-sama berkumpul sesama umat islam menunaikan solat jumaat..pastinya syaitan gerun melihat umat Nabi Muhammad pergi ke masjid menunaikan solat bersama..Gunakanlah peluang yg diberikan sebaik mungkin.Jangan sesekali lupakan pencipta kita. Setiap apa yang kita lakukan ingatkan pada Allah seumpama kita berada didepannya.
Salam Jumaat

Awal Muharam

Manusia tidak akan pernah daripada melakukan kesilapan. Aku adalah dikalangan orang yang sering melakukan kesilapan. Kadang-kadang aku sampai terfikir sempat lagi ke aku berubah dan bertaubat sebelum hayat aku berakhir di dunia ni walaupun aku tahu manusia yang boleh berfikir secara waras tidak akan berfikir begitu kerana Allah itu maha pengampun. Banyak sangat dah rasenye dosa yang aku dah lakukan. 
Di awal muharam ni, aku mulakan tahun baru dengan bacaan bismillah diiringi dengan air mata yang mengalir mengenangkan segala salah silap yang aku telah buat. 
Di awal muharam ini juga aku berjanji sedaya upaya aku akan berubah daripada terus melakukan kesilapan. 
Andai telah ditakdirkan hayat aku hanya sampai tahun ini, aku berharap ada dikalangan adik beradik aku dapat mengembirakan kedua orang tua aku kerana impian aku hanyalah satu iaitu mengembirakan kedua orang tua aku.
sekian,