Assalammualaikum

Assalammualaikum

Thursday 15 November 2012

Awal Muharam

Manusia tidak akan pernah daripada melakukan kesilapan. Aku adalah dikalangan orang yang sering melakukan kesilapan. Kadang-kadang aku sampai terfikir sempat lagi ke aku berubah dan bertaubat sebelum hayat aku berakhir di dunia ni walaupun aku tahu manusia yang boleh berfikir secara waras tidak akan berfikir begitu kerana Allah itu maha pengampun. Banyak sangat dah rasenye dosa yang aku dah lakukan. 
Di awal muharam ni, aku mulakan tahun baru dengan bacaan bismillah diiringi dengan air mata yang mengalir mengenangkan segala salah silap yang aku telah buat. 
Di awal muharam ini juga aku berjanji sedaya upaya aku akan berubah daripada terus melakukan kesilapan. 
Andai telah ditakdirkan hayat aku hanya sampai tahun ini, aku berharap ada dikalangan adik beradik aku dapat mengembirakan kedua orang tua aku kerana impian aku hanyalah satu iaitu mengembirakan kedua orang tua aku.
sekian,

No comments:

Post a Comment